14.2.11

TITIK BEKAM NABI



Bekam dipanggil cupping atau fire bottle dalam masyarakat Barat. Cina menyebutnya pa hou kuan dan arab dengan istilah hijamah.
Secara lengkapnya ia mempunyai definisi seperti berikut:
 الحجامة إخراج الدَّمِ من الجِلْدِ عن طريقِ المَصِّ ثم التَّشْرِيطُ الظاهِرِيُّ الخفيف على ظَهْرِ الجِلْدِ ثم المَصُّ مَرَّةً أخرى فيخرج الدم ويَحْصُلُ الشِّفاَءِ بإذن الله تعالى.
Bekam adalah mengeluarkan darah dari kulit dengan cara menghisap, kemudian toresan pada permukaan kulit. Selepas itu dilakukan penghisapan lagi agar darah keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan izin Allah Taala.

Banyak penyakit dapat disembuhkan melaluinya, pendapat ini bersandar pada Hadith SAW:
عليكم بالحجامة في جوزة القَمَحْدُوَةِ فإنه دواء من اثنتين وسبعين داَءً، وخمسة أدْواَءٍ من الجُنُوْنِ والجُذاَمِ والبَرَصِ ووَجْعُ الأضْراَسِ.[رواه الطبراني]
Hendaklah kamu melakukan bekam di tengah tengkuk kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 72 penyakit, 5 penyakit gila, kusta, belang (vitiligo) dan sakit gigi.
Hari bekam yang biasa dilakukan Rasulullah SAW:
كان رسول الله صلى الله عليه سلم يَحْتَجِمُ في الأخْدَعَيْنِ والكاَهِلِ، وكان يَحْتَجِمُ لِسَبْعَةِ عَشَرَ، وتِسْعَةَ عشر، وَفِي إحْدَى وعِشْرِينَ.[رواه أحمد وأبو داود والترمذي وابن ماجه]
Bahawasanya Rasulullah SAW berbekam di akhda‘ain dan kāhilnya pada hari ke 17, 19 dan 21.
 الحجامة تزيد الحافظ حفظا، والعاقل عقلا، فاحتجموا على اسم الله تعالى، ولا تحتجموا الخميس والجمعة والسبت والأحد، واحتجموا الإثنين، وما كان من جذام ولا برص إلا نزل يوم الأربعاء.[رواه الدارقطني]
Sesungguhnya bekam akan meningkatkan hafalan seorang yang hafiz dan meningkatkan kecerdasan orang yang cerdas. Maka hendaklah kamu berbekam dengan nama Allah. Dan janganlah berbekam pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hendaklah berbekam pada hari Isnin. Sebab sesunnguhnya penyakit lepra dan belang kulit tidak diturunkan kecuali pada hari Rabu.
* Lepra dan belang kulit adalah penyakit berkaitan kulit seperti kusta.
Sumber:
Dr. Wadda’ A. Umar. Sembuh Dengan Satu Titik. 2008. Al-Qawam Publishing: Solo, Indonesia.
http://antalhaq.blogspot.com/2009/10/titik-bekam-nabi-saw.html